Thursday, 16 October 2014

BULETIN GAYA HIDUP SIHAT













G
aya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu .Oleh itu, terdapat    pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.



        Badan sihat, otak cerdas. Prinsip tersebut dengan jelas menggambarkan kepentingan amalan gaya hidup sihat  kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa  sihat, cergas dan bertenaga.Ini akan mewujudkan rakyat yang sihat dan produktif. Terdapat  pelbagai amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu.


        Pengambilan pemakanan yang seimbang dan sihat adalah salah satu gaya hidup sihat dalam kehidupan seperti makan buah-buahan selepas makan makan berat , pengambilan sayur-sayuran dalam masakan dan sebagainya. Daripada siasatan Jabatan Kesihatan Malaysia mendapati kebanyakkan rakyat di Negara ini kurang gemar dalam pengambilan makanan yang sihat dan seimbang akan memberikan kesan negatif pada masa akan datang.


       Senaman ialah pergerakkan badan yang dilakukan berulang kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Malaysia berada di tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada penduduk dewasa lelaki di Negara ini memiliki berlebihan berat badan .


        Antara puncanya ialah tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa Negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal .
        Mengutamakan kebersihan diri adalah penting untuk mengekalkan amalan gaya hidup yang sihat. Kita sebagai manusia mestilah mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta dapat elakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau .Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan  hidup kita.



        Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan.

PANTUN NASIHAT


Bulat mata si anak patung,
bulat kata semua sepakat,
bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.


Yang cantik selalu bersolek,
yang kacak selalu terbayang-bayang,
yang bulat tidak datang bergolek,
yang pipih tidak datang melayang.


Kalau menonton rancangan tom tom bak ,
jangan menonton secara santai,
kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah ditepi pantai.


Pakcik Hashim menunggang kuda,
kuda ditunggang deras sekali,
buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali.


Tulis surat di dalam gelap,
ayatnya banyak yang tidak kena,
jagalah diri jangan tersilap,
jikalau silap awak yang bencana.