G
|
Badan sihat, otak cerdas. Prinsip
tersebut dengan jelas menggambarkan kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup
sihat, seseorang akan sentiasa sihat,
cergas dan bertenaga.Ini akan mewujudkan rakyat yang sihat dan produktif.
Terdapat pelbagai amalan gaya hidup
sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu.
Pengambilan pemakanan yang seimbang dan
sihat adalah salah satu gaya hidup sihat dalam kehidupan seperti makan
buah-buahan selepas makan makan berat , pengambilan sayur-sayuran dalam masakan
dan sebagainya. Daripada siasatan Jabatan Kesihatan Malaysia mendapati kebanyakkan
rakyat di Negara ini kurang gemar dalam pengambilan makanan yang sihat dan
seimbang akan memberikan kesan negatif pada masa akan datang.
Senaman ialah pergerakkan badan yang
dilakukan berulang kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk
meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman
melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Malaysia berada di
tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada penduduk dewasa lelaki di
Negara ini memiliki berlebihan berat badan .
Antara puncanya ialah tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Laporan
Kajian Kesihatan dan Morbiditi (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk
dewasa Negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal .
Mengutamakan kebersihan diri adalah
penting untuk mengekalkan amalan gaya hidup yang sihat. Kita sebagai manusia
mestilah mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta dapat elakkan
daripada terkena penyakit kulit dan berbau .Oleh itu, kita mestilah mengambil berat
tentang kebersihan diri untuk keselesaan hidup kita.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat
ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup
sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan.
terbaik
ReplyDelete