Monday, 25 August 2014

PEMANASAN GLOBAL







Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu hangat yang terhidang di dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa. Pemanasan global yang berkaitan dengan suhu dunia , telah meningkat 2 darjah celcius dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.Pemanasan global juga telah disebab kan beberapa faktor seperti aktiviti pembakaran terbuka , pulau haba dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah punca pemanasan global ini berlaku ? Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung ? Terdapat pelbagai punca yang berlaku serta kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah.


Punca utama pemanasan global yang boleh menyebabkan terjadinya jerebu ialah pembakaran hutan, ladang dan bahan sisa pertanian secara terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan menyuburkan tanah. Selepas selesai kerja penuaian , sestengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara terbuka. Sesetengah pemaju perumahan juga melakukan pembakaran bahan sisa pembinaan secara terbuka.Semua tindakan ini merupakan punca masalah jerebu yang boleh menyebabkan suhu dunia makin meningkat.Pembakaran hutan acap kali berlaku kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Kebanyakan manusia hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar.Malahan itu, akibat daripada perbuatan mereka tersebut telah memberi pelbagai impak yang negatif dalam kehidupan seharian.Pakar sains dan teknologi memberikan sumbangan penting dalam penemuan teknologi kitar semula.Banyak bahan buangan dapat diproses semula untuk dijadikan tisu.Bahan sisa buangan juga dapat diproses untuk dijadikan sumber tenaga pada kos yang lebih murah. Pembebasan asap daripada kilang perindustrian juga menyebabkan malasah jerebu.Di bandar-bandar besar , kebanyakan kilang menggunakan bahan api fosil sebagai sumber tenaga. Seterusnya , masalah pencemaran udara dapat dikurangkan melalui penemuan sumber tenaga yang bersifat mesra alam. Petrol tanpa plumbum berjaya dihasilkan melalui proses kimia daripada bahan mentah petroleum . Petrol tanpa plumbum lebih bersih kerana pembakarannya sempurna dan dengan ini pencemaran udara dapat dikurangkan.Sumber tenaga yang turut ditemui , misalnya sumber tenaga solar dan tenaga hidro.


Seterusnya , pemanasan global terjadi disbebabkan pulau haba.Antara faktor berlakunya pulau haba adalah disebabkan oleh proses pembandaran yang pesat.Di kawasan bandar , terdapat banyak bangunan konkrit bersimen yang dibina .Dengan ini , haba tidak dapat diserap sebaliknya akan berlakunya pemantulan semula haba yang boleh menyebabkan kejadian pulau haba berlaku. Di bandar, semua pembinaan bangunan adalah berasaskan simen.Hal ini kerana , simen adalah satu bahan pembinaan yang kukuh. Tapak di kawasan bandar juga kini banyak ditutupi oleh simen . Secara tidak langsung , struktur yang berasaskam simen ini akan menyebabkan kejadian pulau haba berlaku di kawasan bandar.Banyak bangunan berkaca juga tidak menyerap bahangan haba yang ada.Misalnya seperti menara KLCC , ia dibina dengan berstrukturkan kaca , maka dengan itu kejadian pulau haba amat tinggi di Kuala Lumpur.Kuala Lumpur merupakan bandar tersebut akan berlaku perningkatan suhu setempat dan menyebabkn kejadian pulau haba.Selain itu , ketinggian bangunan juga boleh menyebabkan kejadian pulau haba berlaku.Di kawasan bandar terdapat banyak bangunan tinggi yang dibina.Maka m haba akan mudah terkumpul di sekitar kawasan bandar tersebut kerana ketinggian bangunan akan menyukarkan pembebasan haba dilakukan di kawasan bandar.

Menurut Ahli kaji Iklim , menyatakan bahawa pemanasan global bermula sejak 1800-an lagi.Manusia merupakan  penyebab utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau.Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang membabitkan cahaya matahari , gas seperti karbon monoksida dan karbon dioksida dan partikel di atmosfera. Gas tersebut akan memerangkap haba atmosfera yang dikenali sebagai gas rumah hijau.Pembersihan hutan dan tanah terjadi kerana tumbuhan akan menggunakan karbon dioksida untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.Aktiviti pembersihan hutan dan kawasan tanah yang berleluasa akan menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau kerana tumbuhan semakin kurang menggunakan karbon dioksida untuk proses fotosintesis.Proses semulajadi iaitu tenaga matahari secara berlebihan juga merupakan penyumbang kepada pemanasan global ini.


Antara kesan pembakaran terbuka yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran udara.Keadaan ini disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat.Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai terutamanya kepada mereka yang mempunyai alahan.Partikel terampai yang kotor boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan . Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak nafas, manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat jangkitan batuk , mata , gatal dan sakit tekak.Pencemaran juga boleh menyebabkan batul , selsema , mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti peningkatan jerebu dan habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel terampai yang boleh menjejaskan pernafasan , terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya , apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang penyakit pernafasan akan bertambah malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang meninggal dunia.


Seterusnya , kesan pulau haba ialah keselesaan penduduk akan terjejas akibat daripada suhu yang panas.Hal ini kerana , kekurangan pokok atau tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan proses perpeluhan kurang berlaku untuk merendahkan suhu sekitarnya.Apabila suhu dunia semakin meningkat dari hari ke hari , maka ianya turut mengancam kesihatan manusia secara sedikit demi sedikit.Penduduk juga akan sering mengalami masalah sakit kepala.Pembebasan gas rumah hiaju seperti CFC semakin meningkat kerana pertambahan pendingin hawa di bandar.


Tuntasnya , kita sebagai manusia perlulah mengatasi masalah ini .Para saintis dan pengkaji iklim  juga sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini .Antaranya ialah menghadkan penggunaan karbon dioksida daripada memasuki ruang atmosfera.Bahan api fosil yang sering digunakan oleh manusia perlu diganti dengan sumber manusia yang tidak menghasilkan oksigen dan kita seharusnya menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap supaya alam ini terpelihara.Selain itu , kita sebagai individu yang cintakan alam sekitar perlulah menanamkan perasaan mencintai alam ini agar kita dapat memeliharanya daripada sebarang masalah yang boleh menjejaskan persekitaran dan hidupan yang tinggal di dalamnya. Sebagai seorang yang dikurniakan akal fikiran yang waras , kita seharusnya peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita bagi menjamin kesejahteraaan bersama.


LARAS BAHASA

   KONSEP LARAS BAHASA


  • Laras didefinasikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan seharian.Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa itu berlangsung.
  • Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, sama ada ahli-ahli bahasa tempatan atau barat dapat dirumuskan bahawa laras bahasa yang berbeza bentuk dan penggunaanya mengikut situasi tertentu dang bidang tertentu.


JENIS JENIS LARAS BAHASA

LARAS BIASA

  • Penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus
  • Digunakan dalam perbualan harian 
  • Tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus
  • contoh : " Hai Mat ! Nak ke mana tu ? Tak singgah dulu ke ?"

LARAS BAHASA PERNIAGAAN

  • Digunakan dalam dunia korporat
  • Seperti :
                        1.perusahaan    
                        2.perakaunan
                        3.perniagaan
                        4.perindustrian
                        5.perbankan

  • contoh : Bank Simpanan nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan apabila               mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun pertama , lebih RM70 juta dan    mengatasi keuntungan sebanyak RM47.754 juta bagi tahun lalu.
  • Digunakan untuk iklankan jenama barangan yang nak dijual.Gaya bahasa yang digunakan untuk pujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik.
  • Ayat yang digunakan pendek dan dramatik.
  • Digunakan dalam iklan , tender dan laporan.
  • Disokong oleh gambar , ilustrasi , lukisan dan grafik. 

LARAS BAHASA MEDIA

  • Berita sebagai satu wacana yang mempunyai struktur teks yang tersendiri , lain daripada struktur teks cereka , lain daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
  • Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah :
                                  = Bahasa yang mudah digunakan
                                  = Gaya tulisan yang jelas
                                  = Isi tulisan mestilah tepat

LARAS BAHASA UNDANG UNDANG

  • Salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa melayu sejak dulu lagi.Pada hari ini undang -undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal
  • Contoh : Defendan membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif  untuk mengemukakan saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.

LARAS BAHASA SASTERA

  • Bahasa boleh dalam bentuk :
                                                     * Naratif
                                                     * Deskriptif
                                                     * Perspektif
                                                     * Dramatik
                                                     * Puitis
  • Ciri bahasa sastera 
  1. Kreatif dan imaginatif : kabur mesej
  2. Pentingkan susunan , perulangan dan pemilihan kata.
  3. Puitis dan hidup : monolog , dialog , dan bunga bunga bahasa
  4. Guna bahasa tersirat : perlambangan , kiasan , perbandingan , peribahasa , metafora , simile , personafikasi , ilusi dan ambigiuti.
  5. Terdapat persimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

LARAS BAHASA AGAMA

  • Mengandungi istilah agama daripada bahasa arab 
  • Struktur ayat banyak dipengaruhi struktur struktur bahasa arab
  • Diselitkan dengan petikan daripada Al-Quran dan Hadith.

LARAS BAHASA SUKAN

  • Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.

LARAS BAHASA SAINS KOMPUTER

  • Mengandungi istilah - istilah berkaitan dengan peranti komputer dan siber.

LARAS BAHASA AKADEMIK

  • Dibahagikan kepada beberapa sub-bidang
           *LARAS SAINS
               - Bidang Sains 
               - Laras Kimia
               - Laras Fizik
               - Laras Biologi

            *LARAS EKONOMI

           *LARAS SASTERA
              Mudah digunakan dan mudah dikesan dengan istilah-istilah teknikal dan khusus


CIRI - CIRI LARAS BAHASA




        BIDANG

  • Digunakan dalam dunia korporat , khususnya bidang perusahaan , perindustrian, perakaunan , perbankan , dan perdagangan.

        PERBENDAHARAAN KATA

  • Agihan jualan agensi pemasaran baki debit.
  • Urusniaga kredit komposit.

         TATABAHASA

  • Morfologi(kajian terhadap perkataan)
  • Kata tunggal menjadi kata khusus
  • Contohnya: kata umum istilah.

        AKRONIM

  • Adalah kependekkan yang berupa gabungan huruf atau suku kata atau bahagian lain yang ditulis dan dilafazkan sebagai kata yang wajar.
         UPE  - Unit Perbangunan Ekonomi
         BSN  - Bank Simpanan Nasional
         BSKL- Bursa Saham Kuala Lumpur

       KATA MAJMUK

  • Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
  • Contohnya :
             Kos jualan modal tetap harta semasa



PENUTUP

Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian . Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya sesuatu bahasa.Penutur bahasa melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa melayu.

 






MANUSIA DAN SAMPAH



Bila disebut 'sampah' ramai yang tidak suka akan sampah , 
semua sampah yang kau nampak dengan dua biji  mata , kau endahkan 
lebih 80% pelajar daripada  KPTM  Kuantan yang mengendahkan sampah di lantai.

Bila melihat sampah, kadang kadang boleh dikaitkan dengan kehidupan kau sebagai pelajar,
cuba kau letakkan diri kau sebagai sampah,
rasa diendahkan , diabaikan , tak siapa peduli pasal kau ,
macam itu lah apa yang 'sampah' rasa.

Sebenarnya, banyak yang kau boleh pelajari daripada longggokan sampah yang berada di sekeliling kau.
'Kawan ketawa senang dicari , kawan menangis sukar sekali ditemui'
dalam konteks hubungan sesama manusia misalnya kau mungkin boleh menjadi berharga apabila kau boleh mendatangkan manfaat untuk mereka pada masa tersebut.
Tetapi tidak mustahil juga kau akan dianggap dan dilayan seperti 'sampah' setelah dirasakan bahawa diri tidak berguna lagi.

Ada juga yang kes kawan makan kawan ,
habis madu sepah dibuang,
melepaskan anjing yang tersepit,
semua itu gambaran betapa 'sampah'nya sesetengah golongan manusia di bumi ini.

Semua ini terjadi sebab kau rasa kau terlalu selesa dengan persekitaran yang sedia ada,
kau memandang rendah perkara yang remeh temeh,
Jangan jadi manusia yang tidak beriman,
Kerna , kebersihan itu separuh daripada iman.


Ringankan tulang kau dalam membuat kebaikan,
tak salah pun kalau kau angkat sampah itu.
Sudah , buang semua rasa malas dan ego yang buat kau binasa.
Jadikanlah diri kau sebagai seorang yang pembersih.
Ikhlaskan diri dalam melakukan setiap perkara.
Balasan semua di akhirat nanti,
itu Allah janji.
Mesti.


Ya,
manusia,
banyak pentingkan diri sendiri,
mengambil manfaat dan mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri,
mereka inilah sampah yang sebenar benarnya.