Thursday, 16 October 2014

PANTUN NASIHAT


Bulat mata si anak patung,
bulat kata semua sepakat,
bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.


Yang cantik selalu bersolek,
yang kacak selalu terbayang-bayang,
yang bulat tidak datang bergolek,
yang pipih tidak datang melayang.


Kalau menonton rancangan tom tom bak ,
jangan menonton secara santai,
kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah ditepi pantai.


Pakcik Hashim menunggang kuda,
kuda ditunggang deras sekali,
buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali.


Tulis surat di dalam gelap,
ayatnya banyak yang tidak kena,
jagalah diri jangan tersilap,
jikalau silap awak yang bencana.

No comments:

Post a Comment